Pertubuhan Kepedulian dan Keprihatinan Insan Malaysia komited membantu golongan B40, wanita dan kanak-kanak melalui pelbagai program kebajikan dan pembangunan masyarakat sejak 2015.
Pertubuhan Kepedulian dan Keprihatinan Insan Malaysia (PKKM) telah ditubuhkan pada 23 Mac 2015 untuk menjadi penghubung antara agensi kerajaan dengan masyarakat.
Kami adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar secara rasmi di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dengan nombor pendaftaran PPM-020-23032015.
Matlamat penubuhan kami adalah untuk menjadi medium utama penggerak dan penghubung komunikasi antara agensi kerajaan dengan masyarakat, serta membantu menyelesaikan permasalahan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan negara.
Sebuah Badan NGO yang bekerja dan memajukan kebajikan dan pembangunan rakyat Malaysia khususnya dalam kebajikan kanak-kanak, wanita, keluarga dan golongan B40 dalam dan luar negara.
Menjadi badan kebajikan komprehensif dengan membantu masyarakat melalui bantuan kemanusiaan, pendidikan dan pembangunan sosio-ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup keluarga.
17 Oktober 2025 (Jumaat)
8.00 malam – 11.30 malam
Merdeka Hall, WTC Kuala Lumpur
YAB Dato' Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof
Malam Anugerah Malaysia Peduli 2025 menghimpunkan tokoh negara, sektor korporat dan masyarakat dalam meraikan nilai perpaduan dan kemanusiaan MADANI. Program ini menampilkan persembahan kebudayaan, penyampaian anugerah khas, tayangan montaj dan jamuan makan malam rasmi.
Anugerah untuk individu yang menyumbang kepada perpaduan nasional
Keluarga contoh yang mengamalkan nilai-nilai MADANI
Wanita yang menjadi inspirasi dalam komuniti
Individu yang mempromosikan hubungan antara kaum
Pemartabat bahasa kebangsaan dan budaya Malaysia
Program ini dijangka akan memberi kesan positif yang besar kepada masyarakat:
Daftar sekarang untuk menjadi penaja, peserta atau sukarelawan
Daftar Sekarang Lihat ProgramSurat rasmi daripada Pejabat Perdana Menteri berkenaan kehadiran YAB Timbalan Perdana Menteri ke majlis.
Lihat DokumenPerutusan khas daripada YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk program Malaysia Peduli 2025.
Baca PesananSurat sokongan daripada Datuk Azman Bin Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB PM.
Lihat SuratSusun atur rasmi tempat duduk VIP untuk Malam Anugerah Malaysia Peduli 2025.
Muat Turun PDFStruktur kepimpinan Pertubuhan Kepedulian dan Keprihatinan Insan Malaysia
Datuk Azman Bin Bidin
Noor Sham Binti Abu Samah
Dato' Azman Bin Hj Yaakob
Tarmuji Bin Ngabini
Timbalan Setiausaha
Faizedah Azni Binti Baharudin
Nabilah Binti Sawal
Penolong Bendahari
Muhammad Akmal Bin Sazali
Prinsip-prinsip yang menjadi panduan dalam semua aktiviti dan program kami
Kami mengambil berat tentang kesejahteraan semua anggota masyarakat tanpa mengira latar belakang.
Kami berusaha memahami dan merasai perasaan serta keperluan orang yang kami bantu.
Kami bekerjasama dengan semua pihak untuk mencapai matlamat kebajikan bersama.
Kami mengeratkan hubungan antara semua pihak untuk kebaikan masyarakat.
Kami memastikan semua bantuan disalurkan dengan telus dan bertanggungjawab.
Kami berkongsi sumber dan pengetahuan dengan NGO lain untuk impak yang lebih besar.
Pelbagai program kebajikan dan pembangunan masyarakat yang telah dan sedang kami jalankan
Bantuan makanan, pakaian dan keperluan asas untuk golongan miskin bandar dan luar bandar.
Program pendidikan, latihan dan seminar untuk meningkatkan kemahiran masyarakat.
Program khusus untuk membantu wanita termasuk urutan tradisional Melayu dan penjagaan selepas bersalin.
Bantuan kecemasan untuk mangsa bencana alam di dalam dan luar negara.
Anjuran bersama agensi kerajaan kepada masyarakat di peringkat luar bandar.
Program kesedaran dan bantuan kesihatan untuk keluarga B40.
Pasukan kami sedia membantu anda dengan apa jua keperluan anda
No.92-1, Jalan 7 A/2, Medan Puteri 2,
Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor
03-6034 2863 (Pejabat)
+6011-71111 444
Isnin - Jumaat: 9:00 pagi - 5:00 petang
Sabtu: 9:00 pagi - 1:00 tengah hari